Pages

Thursday, September 2, 2010

PERISAI BUAT MUSLIM.....

SAHABAT ANDAI kAMU BERSEDIH DAN BERDUKACITA...katakanlah..n mohonkanlah...
" ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambamu, anak kepada hamba-mu, anak kepada hamba perempuan-Mu..ubun-ubunku di tanganMu...terlaksana ke atasku hukuman Mu dan adil kehakiman Mu terhadapku, aku memohon kepada Mu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu atau engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi padaMu ilmu ghaib di sisi Mu, jadikanlah al-Quran penenang hatiku,cahaya di dadaku,penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku..........
                                                                                                                          "ayra"


                                                                                      riwayat Ahmad(1/391),al-Albani mentashihnya.

sALaM peRkEnaLaN...

salam...ahaa..bercerita tentang blc4,erm...1 group yg terdiri drpd 22 org mahasiswa dan mahasiswi...7 drinyer muslimin n 15 org muslimat..dtg dari pelbagai pelusuk negeri..n dgn 1 impian iaitu MENGEJAR CITA2..dahulu group ini dipimpin oleh KHAIRUL FAHMI@MR.BOBBY selama sebulan n atas sebab2 tertentu beliau terpakse meninggalkan blc4...alhmdulilah,blc4 sudah pon mempunyai penghulu yg baru yg tlh dilantik atas persetujuan ramai iaitu KAMIL serta dibantu oleh NOR AZIRAH@MAMA..hehe..belajar di bawah naungan blc4 adalah 1 anugerah krn....kls ni mempunyai 1001 keistimewaan yg tersendiri yg xdek pd group lain...hehe..sbgai cth:bile dh 22 org stdent bergabung di bwh 1 bumbung maka wujudnyer pelbagai kerenah dan gelagat yg wujud...yg dulu mle2 malu tp skrg makin terserlah kenakalan masing2...tp itulah yg membuatkan blc4 makin ceria dan ukhwah kami makin rapat...pelbagai rancangan yg telah di susun bg merapatkan lagi persahabatan antara kami semua...DAN SALAM UKHWAHFILLAH DARI'KU' UTK SAHABAT2 DI BLC4...(rajin2 la bkk blog ni n jgn lpe posting n komen ea)!!

HASIL TULISAN..:

Insafi Diri Martabat BLC

Dalam menjalani kehidupan, pelbagai marcapada yg harus ditempuhi. Anugerah akal drpd ILahi membezakan antra perkara baik dan buruk pada diri. Syukur alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk hidup dan terus menjadi modal insan yang terus berjuang di jalan yg diredhai. 

Peperiksaan menjadi sumber ilhami diri, untuk kita terus maju di bumi sendiri. Jika kita gagal masa ini, tidak bererti kita gagal di alam ini. Hikmah dan penentuan yang kita tidak sedari adalah batu asas untuk menjadi insan yang lebih berpengetahuan tinggi.

Wahai rakan sekelas yang disayangi, tanggungjawab kursus yang kita terjahi mempunyai 1001 makna yang harus kita kaji. Sama ada akhirat atau duniawi. 

Ingatlah pepatah ulama' terkini:
"Kalau kita hebat, ada orang lagi hebat. Kalau kita lemah, ada orang lagi lemah."

Oleh itu jangan kita sombong pada diri dengan sedikit kelebihan nikmat yang diberi. 
Ana mengambil nukilan daripada seorang guru.

"Jangan kita saling membenci kerana itu perkara keji, Jangan kita sangka yang bukan-bukan kerana itu bisikan syaitan, Jangan kita cemburu dengan kejayaan rakan kerana kejayaan kita berlainan, Jangan kita herdik seseorang kerana dia seorang insan, Jangan kita jauh daripada Tuhan(Allah) kerana tanda berkawan syaitan"

Dari sini kita boleh lihat, nasihat yang diberikan membawa impak kepada diri ana. Cuma tabiat yang dulu sedikit sebanyak berlarutan hingga sekarang. Daripada nasihat yang diberikan, sebahagian ana telah amalkan. Sebahagian yang lain ana cuba untuk praktikkan sedikit demi sedikit. Di sini mohon maaf dipinta kepada semua rakan-rakan di BLC4 jika selama ini ada yang terasa dengan gurauan, sendaan dan lawak spontan daripada ana, jika ada yang terasa harap dimaafkan. Ini semua adalah tabiat yang paling susah ana buang dari kecil. Bagi sesiapa yang ingin lontarkan nasihat sila post di blog ini. Kamu semua adalah pembawa semangat diri ana, semoga kita sentiasa ceria di Bulan Ramadhan Al-Mubarrak.

Sekian daripada: 
Ayis Faris
Semoga input yang diberikan
dikongsikan bersama di masa
akan datang....